'Lapan tahun tiada apa-apa dan 'scam' penyokong sendiri'

KEGAGALAN Selangor FC untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Malaysia mendapat perhatian pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail mendakwa, Selangor gagal mencapai apa-apa kejayaan dalam tempoh lapan tahun selain mensia-siakan dana RM45 juta yang diperoleh daripada kerajaan negeri.
"RM45 juta duit kerajaan setiap tahun. Lapan tahun tiada apa-apa dan hanya 'scam' penyokong sendiri. Lapan tahun hina pengurusan lama tetapi 'claim' kejayaan mereka.
"Lapan tahun mendabik dada. Lapan tahun cepat berpuas hati. Lapan tahun baling batu sembunyi tangan, lapan tahun 'create hype' dan apabila gagal, berpura-pura jadi mangsa dibuat orang. Lapan tahun diuruskan kaki 'scam' duit kerajaan. Jikalau kepala pun tak betul, ekor pun tak betul," katanya dalam InstaStory miliknya pada Isnin.