78 polis di Kelantan kena tatatertib, 4 dibuang kerja

Hasanuddin sempat bersalaman dengan pegawai dan anggota di bawah seliaannya. - Foto IPK Kelantan
Hasanuddin sempat bersalaman dengan pegawai dan anggota di bawah seliaannya. - Foto IPK Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 78 anggota polis dari Kontinjen Kelantan dikenakan tindakan tatatertib termasuk empat daripada mereka dibuang kerja atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mereka yang dikenakan tindakan tatatertib itu ialah lapan pegawai kanan polis, 66 anggota berpangkat rendah dan empat pegawai awam.

Katanya, empat anggota berpangkat rendah Lans Koperal pula dibuang kerja selepas melalui proses siasatan dalaman secara terperinci dan keputusan oleh Lembaga Persidangan Tatatertib.

“Keempat-empat mereka dibuang kerja selepas dibuktikan bersalah dan didapati terbabit dengan satu ks, jenayah dan dua kes dadah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan 1/2020 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) di sini hari ini.

Hasanuddin memeriksa perbarisan kehormat pada Perhimpunan Bulanan 1/2020 di IPK hari ini. - Foto IPK Kelantan
Hasanuddin memeriksa perbarisan kehormat pada Perhimpunan Bulanan 1/2020 di IPK hari ini. - Foto IPK Kelantan

Hasanuddin berkata, walaupun ada yang dikenakan tindakan tatatertib namun polis Kelantan berjaya menutup tirai tahun 2019 dengan penurunan jenayah sebanyak 11 peratus atau 443 kes berbanding tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2018 sebanyak 3,990 kes jenayah direkodkan dan pada 2019 kes menurun kepada 3,547 iaitu satu jumlah penurunan yang cukup besar dicatatkan sekali gus berjaya mencapai sasaran,” katanya.

Katanya, tangkapan membabitkan kesalahan dadah juga meningkat sembilan peratus pada 2019 dengan 19,386 individu ditahan banding 17,741 pada 2018 iaitu peningkatan 1,645 tangkapan.

Artikel Berkaitan:

“Nilai rampasan dadah juga mencatat rekod tinggi iaitu RM55.94 juta pada 2019 berbanding RM33.58 juta pada 2018 atau peningkatan 67 peratus bersamaan pertambahan cukup tinggi sebanyak RM22.36 juta.

“Hanya dua kes jenayah pecah rumah dan lain-lain kecurian meningkat. Dua daerah iaitu Gua Musang dan Tanah Merah mencatat peningkatan kes jenayah manakala kes lainnya serta lapan lagi daerah kesemua merekodkan penurunan,” katanya.

Hasanuddin sebelum itu menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua polis daerah seluruh negeri dan ketua jabatan di Kontinjen Kelantan atas kejayaan yang direkodkan sepanjang lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Polis Mit Emong yang menerima Surat Penghargaan daripada Hasanuddin (kanan) atas kecemerlangan pasukan itu menjalankan tugas mereka tahun lalu. - Foto IPK Kelantan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Polis Mit Emong yang menerima Surat Penghargaan daripada Hasanuddin (kanan) atas kecemerlangan pasukan itu menjalankan tugas mereka tahun lalu. - Foto IPK Kelantan