Khairul Aming dapat RM1.2 juta dalam tiga minit

Dendeng Nyet Berapi menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia.
Dendeng Nyet Berapi menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia.
A
A
A

PRODUK terbaharu pempengaruh media sosial, Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam tiga minit.

Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, mendedahkan produk berkenaan menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia.

“Kita berjaya lakukannya. Jualan RM1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia. Dengan jumlah 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi terjual dalam masa tiga minit.

“Saya bersyukur di atas segala sokongan yang diberikan sejak tiga tahun lalu. Terima kasih semua,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X.

Pada 29 Januari lalu, Khairul Aming mendedahkan beliau bakal mengeluarkan produk terbaharu yang akan melengkapi Sambal Nyet Berapi.

Beliau memaklumkan, Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memerlukan modal sebanyak RM2 juta bagi persiapan mesin serta pengubahsuaian kilang.

Menerusi hantaran lain, Khairul Aming mengharapkan agar orang ramai menyukai produk terbaharu itu.

“Kalau ada kekurangan boleh maklum kepada kami untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari pelancaran (Jumaat),” ujarnya.

Artikel Berkaitan: