Polis bongkar unit kondominium jadi 'port' simpan dadah

Antara dadah yang dirampas menerusi serbuan di sebuah unit kondominium di Jalan Gombak dekat sini pada Rabu.
Antara dadah yang dirampas menerusi serbuan di sebuah unit kondominium di Jalan Gombak dekat sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan pengedaran dadah yang berselindung di unit kondominium di Jalan Gombak dekat sini terbongkar menerusi serbuan dijalankan pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintenden Norhisham Mustapar berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Wangsa Maju.

"Tiga suspek lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam serbuan terbabit.

"Polis turut merampas 18.534 kilogram dadah jenis ganja dan 2,001 biji pil erimin 5 anggaran berat 57.06 gram di unit kondominium berkenaan yang bernilai RM 61,623," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, selain itu beberapa barangan serta kenderaan digunakan sindiket pengedaran dadah terbabit turut dirampas.

Tambahnya, antara yang dirampas melibatkan wang tunai berjumlah RM277, dua kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan Ford Ranger serta dua unit komputer riba melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM145,277.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca bekalan dadah ini diperolehi dan saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah.

"Kesemua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kKes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: