ASTAF ucap takziah kepada keluarga legenda takraw negara

Mohamad Jusri Rick - Foto: Agensi
Mohamad Jusri Rick - Foto: Agensi
A
A
A

PRESIDEN Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader mengucapkan takziah kepada kepada keluarga legenda sepak takraw negara, Allahyarham Mohamad Jusri Rick yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang, pada 31 Januari lalu.

Abdul Halim berkata, badan induk itu berdukacita dengan pemergian Allahyarham yang disifatkan sebutir permata pernah mencipta nama di persada Asia dan dunia.

“Kejayaan diraih Allahyarham membanggakan dengan empat pingat emas di Sukan SEAP 1975, Sukan SEA 1977, 1979 dan 1983.

“Saya mengenali Allahyarham sebagai seorang pemain berdisiplin, memiliki budi pekerti terpuji, sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang permainan sepak takraw.

“Allahyarham juga pemain kebangsaan yang boleh dijadikan contoh dan tauladan kepada barisan pemain yang lain,” katanya yang juga amat menghargai segala sumbangan dan jasa Allahyarham dalam perkembangan serta pembangunan sepak takraw di Malaysia, Asia dan dunia.

Artikel Berkaitan: