Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur, indeks komposit meningkat

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.60 mata untuk ditutup pada 1,516.58 berbanding 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.60 mata untuk ditutup pada 1,516.58 berbanding 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.
A
A
A

BURSA Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, didorong oleh aktiviti jualan saham bermodal sederhana dan kecil, manakala indeks penanda aras utama mengekalkan trajektori positif walaupun mencatatkan keuntungan sebelumnya, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.60 mata untuk ditutup pada 1,516.58 berbanding 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks barometer dibuka rendah 3.63 mata kepada 1,509.35 dan bergerak antara 1,508.50 dan 1,521.23 pada sepanjang dagangan.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 654 berbanding 308, manakala 444 kaunter tidak berubah, 818 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.54 bilion unit bernilai RM2.99 bilion daripada 3.67 bilion unit bernilai RM2.86 bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup pada paras positif apabila aktiviti belian semasa harga rendah berlaku berikutan jualan baru-baru ini.

"Saham teknologi di rantau ini diberi petunjuk positif daripada Wall Street susulan pendapatan kukuh daripada Amazon dan Meta. Selain itu, pelabur sedang menunggu data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

"Di peringkat domestik, pelabur masih berhati-hati terhadap keadaan pasaran berikutan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, bagaimanapun penilaian FBM KLCI kekal menarik. Indeks itu berjaya mengekalkan paras 1,500, melepasi paras rintangan minggu lepas,” katanya kepada Bernama.

Artikel Berkaitan:

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok 8.0 sen kepada RM9.34, Public Bank melonjak 4.0 sen kepada RM4.43, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM10.86, Petronas Chemicals menambah 1.0 sen kepada RM6.78, manakala CIMB tidak berubah pada RM6.23.

Bagi saham aktif, Minetech dan Widad Group masing-masing tidak berubah pada 14.5 sen dan 13.5 sen, Velesto merosot 0.5 sen kepada 25.5 sen, MRCB susut 3.5 sen kepada 61.5 sen, manakala YTL Power berkurangan 17 sen kepada RM3.94.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.40 mata kepada 11,248.73, Indeks FBMT 100 menokok 12.20 mata kepada 10,916.02, Indeks FBM 70 turun 39.72 mata kepada 15,146.20, Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.26 mata kepada 11,268.83, dan Indeks FBM ACE susut 56.82 mata kepada 4,698.21.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah berkurangan 10.03 mata kepada 910.85, Indeks Perladangan merosot 1.65 mata kepada 7,169.21 dan Indeks Tenaga turun 14.14 mata kepada 880.96, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 61.94 mata kepada 17,004.93 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.24 mata kepada 171.87.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.29 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 679.04 juta unit bernilai RM102.62 juta berbanding 554.55 juta unit bernilai RM88.19 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 562.41 juta saham bernilai RM138.30 juta berbanding 582.84 juta saham bernilai RM136.76 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 324.05 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (462.85 juta); pembinaan (159.15 juta); teknologi (162.61 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (119.37 juta); hartanah (403.29 juta); perladangan (26.36 juta); REIT (33.53 juta), dana tertutup (sifar); tenaga (292.29 juta); penjagaan kesihatan (92.36 juta); telekomunikasi dan media (37.37 juta); pengangkutan dan logistik (41.16 juta); dan utiliti (138.80 juta). - Bernama