Dua beranak perdaya orang ramai mohon rumah PPR ditahan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA KINABALU - Dua beranak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM10,000.

Kedua-dua suspek berusia 40-an dan 20-an itu ditahan sekitar jam 3 hingga 4 pagi menerusi satu serbuan di sebuah kawasan perumahan di Sandakan.

Kedua-dua suspek iaitu bapa dan anak lelakinya dipercayai memperdayakan orang ramai membabitkan permohonan rumah skim Program Perumahan Rakyat (PPR) di salah sebuah daerah di negeri ini.

Dua beranak tersebut dipercayai aktif sejak tahun lalu dengan meminta sejumlah wang daripada orang ramai dengan menjanjikan rumah mesra rakyat dan diberi insentif seperti perkakasan rumah sekiranya pemohon dapat menarik lebih ramai orang.

Wang rasuah yang diterima mereka adalah melalui bayaran tunai dan pindahan bank ke akaun isteri suspek.

Sehubungan itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut kedua-dua suspek tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. Namun ada beberapa tangkapan lagi dijangka dibuat susulan kes ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan SPRM.