Bakal pengantin cari bapa kandung untuk jadi wali nikah

No Image Caption
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang bakal pengantin sedang mencari bapa kandungannya untuk menjadi wali pernikahannya dalam bulan ini.

Nur Diana, 21, berkata, kehadiran bapanya, Muhammad Rizal Abd Samad, 42, amat penting dalam melancarkan urusan pernikahannya.

"Bapa saya sudah tidak lagi tinggal bersama-sama kami kerana sudah berpisah dengan ibu, Dahlia Selamat, 46, pada 2009.

"Sejak itu semasa saya usia saya tujuh tahun, saya bersama empat lagi adik-beradik lain menetap dan dibesarkan ibu.

"Sejak bercerai kami tidak ada jumpa ayah lagi. Difahamkan ayah masih lagi hidup berdasarkan semakan rekod Jabatan Pendaftaran Negara," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Dia berkata, keluarganya dimaklumkan alamat terakhir tempat bapanya menetap adalah di Felda Keratong 6, Pahang, namun usaha menjejakinya gagal.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, sebelum ini dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu, namun terpaksa ditunda kerana memerlukan kehadiran bapa kandung.

Artikel Berkaitan:

"Sekali lagi saya dan pasangan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam bulan ini.

"Apa yang saya harapkan bapa kandung akan dapat tampil membantu proses agar saya dapat mendirikan rumah tangga," katanya.

Nur Diana berharap, bapa kandungannya dapat menghubunginya menerusi talian 01125854554 bagi melancarkan urusan tersebut.