Pengawal keselamatan ditahan cabul murid Darjah 1

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TELUK INTAN - Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki mencabul murid perempuan Darjah 1 di sebuah sekolah di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan diterima sekitar jam 10 pagi daripada rakan setugasnya yang ternampak kejadian itu.

"Dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu, pengadu sedang meronda di kawasan sekolah.

"Suspek dilihat bertindak memeluk dan mencabul kehormatan kanak-kanak berkenaan di hadapan sebuah kelas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, bertindak atas malumat, suspek yang merupakan warga tempatan berusia 45 tahun berjaya ditahan sekitar jam 11 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah beberapa kali melakukan perbuatan itu. Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan itu.

"Suspek kemudian direman selama enam hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Sesyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Ahmad Adnan kata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan.

Artikel Berkaitan: