Sila log masuk terlebih dahulu.

Tukang kebun didakwa bunuh pengawal keselamatan sekolah

19 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 19 OKTOBER 2023

Seorang tukang kebun sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, R Ravinderan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Faizal Asri di dalam pondok pengawal sebuah sekolah di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai antara jam 3 petang hingga 8 malam pada 13 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh diwakili peguam Hanifatinnasikha Mod Dimiyati. Mahkamah menetapkan 10 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630178/berita/semasa/tukang-kebun-didakwa-bunuh-pengawal-keselamatan-sekolah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian