Silibus baharu prasekolah tidak libat sekolah swasta

Kah Woh (berdiri lima dari kanan) bersama penerima BAP dan wakil PPD selepas menyempurnakan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Perak kepada semua PPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh pada Khamis.
Kah Woh (berdiri lima dari kanan) bersama penerima BAP dan wakil PPD selepas menyempurnakan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Perak kepada semua PPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy, Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Silibus baharu pembelajaran prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses untuk dimuktamadkan sebelum pengumuman rasmi dibuat mengenainya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, Jemaah Menteri pada minggu lalu sudah membuat keputusan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, pihak kementerian sedang memperincikan perkara yang berkaitan dengan silibus tersebut dan ia tidak terpakai untuk institusi pendidikan swasta.

"Jawatankuasa Prasekolah KPM (Kementerian Pendidikan) akan berbincang untuk fine tune semua perincian.

"Bagaimanapun, silibus baharu ini hanya melibatkan prasekolah kerajaan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Perak kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Yuk Choy di sini pada Khamis.

Sementara itu, mengenai insiden seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, Kah Woh menjelaskan, pihaknya menyerahkan segala siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis.

Menurutnya, kedua-dua pihak yang terlibat sudah pun membuat laporan polis berhubung insiden yang tular di media sosial itu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah pada Selasa.