Bolehkah Qunut Nazilah dibaca di luar solat?

SUNAT membaca Qunut Nazilah di dalam solat fardu ketika umat Islam dizalimi atau ditimpa bencana. - Gambar hiasan/ Foto: Bernama
SUNAT membaca Qunut Nazilah di dalam solat fardu ketika umat Islam dizalimi atau ditimpa bencana. - Gambar hiasan/ Foto: Bernama
A
A
A

TULAR di media sosial mengenai pelajar sekolah membaca doa Qunut Nazilah sebelum memulakan perlawanan sukan di sebuah daerah di Selangor.

Persoalannya, bolehkah amalan Qunut Nazilah ini dilakukan selain daripada yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW iaitu pada rakaat terakhir di dalam solat?

Mengenai hal ini, Sinar Islam bertanya kepada Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Selangor, Mohd. Rasyidi Ali.

USTAZ MOHD RASYIDI
USTAZ MOHD RASYIDI

Menurutnya, Qunut Nazilah merupakan doa yang dibaca di dalam solat bagi mendoakan kehancuran musuh Islam atau doa untuk keselamatan umat Islam yang dizalimi.

"Mengikut sunnah, Nabi Muhammad SAW membaca Qunut Nazilah di dalam solat lima waktu.

"Namun, harus hukumnya untuk membacakan Qunut Nazilah selain di dalam solat seperti dalam doa selepas selesai solat." katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Qunut Nazilah tidak sesuai dengan konteks doanya apabila dibacakan sebelum memulakan sesuatu perlawanan sukan.

Dari segi praktikalnya, Qunut Nazilah disunatkan untuk dibaca secara jelas (jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan. Ia dibaca pada rakaat terakhir solat fardu setelah bangun daripada rukuk.