Pas merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17

Sultan Ibrahim pada Rabu melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.
Sultan Ibrahim pada Rabu melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim pada Rabu melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ucapan setinggi-tinggi tahniah juga dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada hari yang sama.

Katanya, sebagai ketua dan timbalan ketua kerajaan serta tonggak pemerintahan Raja Berperlembagaan, Pas yakin kepimpinan bijaksana kedua-dua baginda akan menambah mutu kehidupan rakyat.

"Kami percaya, kualiti kepimpinan baginda berdua bukan sahaja sangat diperlukan pada masa kini malah akan lebih terserlah berikutan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh negara.

"Semoga Duli-Duli Tuanku akan sentiasa dipayungi rahmat serta hidayah Allah dan dianugerahi kesihatan serta kesejahteraan pada setiap masa.

"Daulat Tuanku," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: