Penyelia kilang ais, ejen direman, cuba rasuah penguat kuasa JPJ RM500

Kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penyelia kilang ais dan ejennya direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 20 dan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu.

Reman terhadap suspek bermula 31 Januari hingga 6 Februari ini.

Menurut sumber, suspek masing-masing telah ditahan pada Selasa jam 5.30 petang dan 8.50 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan dijalankan, kedua-dua suspek melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pemandu lori kilang aisnya yang telah ditahan oleh pegawai JPJ daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Ia berkaitan kesalahan tiada lesen memandu (CDL), tiada lesen vokasional (GDL) dan LKM tamat tempoh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: