Kelah mati terperangkap dalam pukat

Pukat bersama kelah yang sudah mati ditemui ketika rondaan dijalankan semalam di Tasik Puah, Hulu Terengganu dipercayai kegiatan kumpulan menangkap ikan kelah secara haram.
Pukat bersama kelah yang sudah mati ditemui ketika rondaan dijalankan semalam di Tasik Puah, Hulu Terengganu dipercayai kegiatan kumpulan menangkap ikan kelah secara haram.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kegiatan penangkapan ikan kelah secara haram oleh sekumpulan lelaki di Tasik Kenyir, di sini akhirnya terbongkar susulan penemuan dua pukat dan sebuah bot yang ditinggalkan untuk digunakan menangkap ikan.

Menurut jurucakap Koperasi Eko Pelancongan Tasik Puah, Hulu Terengganu, kegiatan itu dikesan sejak 27 Disember lalu berdasarkan aduan daripada orang awam.

"Kumpulan kami membuat rondaan pada 28 Disember lalu malangnya kumpulan lelaki berkenaan berjaya melarikan diri bersama hasil tangkapan. Operasi mengesan lokasi yang menjadi sasaran pencerobohan diteruskan semalam melibatkan beberapa kawasan seperti Spill Weir, Sungai Pelagong, Sungai Terengganu Mati, Sungai Sireh dan Sungai Limbang.

"Hasil pencarian oleh 19 anggota termasuk Jabatan Perhutanan negeri membawa kepada penemuan dua pukat yang dipasang di Tasik Puah bersama ikan yang sudah mati akibat terperangkap pada alatan itu.

"Selain itu, kita juga menemui sebuah bot yang disorok pada sebatang pokok di Sungai Pelangong yang menguatkan lagi dakwaan wujudnya aktiviti penangkapan ikan kelah secara haram di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, timbul persoalan bagaimana kumpulan terbabit boleh melepasi kawasan larangan itu sedangkan permit diperlukan untuk memasuki kawasan itu.

Sekumpulan lelaki bersama ikan kelah yang dimuat naik di media sosial Disember lalu.
Sekumpulan lelaki bersama ikan kelah yang dimuat naik di media sosial Disember lalu.

"Kita curiga bagaimana kumpulan itu boleh menceroboh kawasan larangan ini memandangkan sekarang merupakan musim spesies ikan kelah sedang bertelur dan membiak.

Artikel Berkaitan:

"Kawasan ini ditutup kepada kunjungan ramai bagi membolehkan spesies itu membiak dan melalui proses matang bermula Disember lalu hingga hujung Februari depan," katanya.

Mengulas lanjut katanya, sebelum ini tular di media sosial video sekumpulan lelaki bersama ikan kelah yang di tangkap di dalam guni termasuk yang tersangkut pada pukat.

Katanya, video itu dimuat naik seorang individu di laman sosial pada Disember lalu.

"Video itu menguatkan lagi dakwaan terdapat kumpulan yang menceroboh kawasan ini untuk menangkap ikan kelah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah membuat laporan di Jabatan Perhutanan Negeri dan Jabatan Perikanan Terengganu pada 2 Januari lalu berhubung kegiatan yang mencurigakan itu.

"Kita tidak dapat memastikan sama ada bot yang digunakan ketika ditemui di atas pokok ketika rondaan sama dengan bot digunakan dalam video ditularkan itu.

"Kita harap kegiatan seumpama ini dapat dihentikan lebih-lebih lagi ketika ini sedang berlaku musim pembiakan ikan kelah di Tasik Kenyir. Kita tidak mahu kegiatan ini memusnahkan aktiviti pemuliharaan ikan kelah di kawasan ini," katanya.

asalammualaikum mitok tolong viral kali sahabat lam fb ni pencerobohan dan penangkapan ikan di tasik puah secara haram...

Posted by Kelah Buddy on Wednesday, January 1, 2020