21 das tembakan meriam sambut kepulangan Agong, Raja Permaisuri

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika Istiadat Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 di dataran PU Kuantan pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika Istiadat Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 di dataran PU Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 di dataran Pangkalan Udara (PU) Kuantan.

Diiringi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Seri Paduka Baginda selamat mendarat di lokasi istiadat dengan menaiki pesawat khas pada jam 11.58 pagi.

Al-Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019, disambut kerabat Diraja Pahang, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan anakanda baginda.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan lebih 10,000 rakyat hadir menyambut keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah kembali ke Pahang selepas Seri Paduka Baginda tamat menjalankan tugas sebagai ketua negara.

Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan rakyat jelata selepas Istiadat Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 di dataran PU Kuantan.
Al-Sultan Abdullah berkenan bersalaman dengan rakyat jelata selepas Istiadat Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 16 di dataran PU Kuantan.

Seri Paduka Baginda berdua kemudian diiringi ke Pentas Diraja, melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik 'hormat diraja' oleh pasukan Kawalan Kehormat Utama, yang disusuli lagu Negaraku oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketua Leftenan Kolonel Mohamad Rizal Mohamad Noor.

Serentak itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dipecahkan diikuti tembakan kehormatan sebanyak 21 das meriam daripada Rejimen ke-7 Artiliri Diraja Kem Batu Tiga, Temerloh.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda diterbangkan oleh Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berlepas pada jam 11.16 pagi, diiringi dua pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM yang dikemudi oleh Mejar Saifirudin Bahari dan Mejar Mohammad Afendie Mohammad Idir

Artikel Berkaitan:

Lebih 10,000 rakyat hadir menyambut keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah ke Pahang di PU Kuantan pada Selasa.
Lebih 10,000 rakyat hadir menyambut keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah ke Pahang di PU Kuantan pada Selasa.

Al-Sultan Abdullah kemudian memeriksa barisan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai daripada TUDM.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman disusuli persembahan 'hormat diraja' kali kedua serta lagu Negaraku dan negeri Pahang iaitu 'Allah Selamatkan Sultan Kami'.

Seri Paduka Baginda berdua kemudian berkenan bersalaman perpisahan dengan tetamu kehormat dan rakyat sebelum meneruskan perjalanan ke Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.