Rakan Agong imbau peristiwa kaki berdarah

Sultan Abdullah (depan, kiri) bersama rakan sekelasnya ketika Darjah 5 di Sekolah St Thomas, Kuantan pada tahun 1970. Foto ihsan Dr James
Sultan Abdullah (depan, kiri) bersama rakan sekelasnya ketika Darjah 5 di Sekolah St Thomas, Kuantan pada tahun 1970. Foto ihsan Dr James
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada layanan istimewa diberikan oleh guru dan Guru Besar Sekolah St Thomas terhadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sepanjang baginda belajar di sekolah berkenaan.

Mengimbau kembali detik 54 tahun lalu, rakan sekelas Seri Paduka Baginda, Dr James Teo Kok Peng berkata, baginda dilayan sama seperti murid lain tanpa sebarang protokol, pilih kasih atau diskriminasi.

"Apabila keputusan kurang baik, Tuanku diturunkan dari kelas A ke kelas B dan kemudian kelas C. Ayahanda Tuanku, Almarhum Sultan Ahmad Shah tidak campur tangan atau memaksa pihak sekolah mengekalkan Tuanku di dalam Kelas A.

Sultan Abdullah (atas, sembilan dari kiri) bersama rakan sekelasnya ketika Darjah 6 di Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan pada tahun 1971. Foto ihsan Dr James
Sultan Abdullah (atas, sembilan dari kiri) bersama rakan sekelasnya ketika Darjah 6 di Sekolah Rendah St Thomas, Kuantan pada tahun 1971. Foto ihsan Dr James

"Almarhum ayahandanya juga seorang Sultan yang sangat baik dan adil, Tuanku mewarisi sifat dan keperibadian ayahandanya," katanya kepada Sinar Harian.

Berkongsi pengalamannya bersama Al-Sultan Abdullah, James memberitahu, baginda merupakan seorang yang merendah diri dan amat prihatin terhadap rakan sekelasnya.

James
James

Seri Paduka Baginda juga merupakan seorang pelajar berbudi bahasa, rendah diri dan menghormati orang lain, sekali gus membuatkan orang sekeliling tidak merasai perbezaan darjat walaupun ketika itu baginda adalah pewaris takhta Sultan Pahang.

Artikel Berkaitan:

Baginda juga tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai anak raja untuk mendapatkan apa juga yang diingini, malah Al-Sultan Abdullah bergaul mesra dengan semua rakannya.

"Ketika darjah 5 atau 6, Tuanku menjemput kami (rakan sekelas) pergi ke Cherating untuk berkelah menaiki van keluarganya. Semasa kami berenang di laut, kaki saya digigit sesuatu dan berdarah. Saya rasa tidak sihat selepas itu.

"Tuanku segera membantu dan mengarahkan pemandu van untuk membawa saya ke Hospital Besar Kuantan, kira-kira 30 kilometer untuk mendapatkan rawatan.

"Jika Tuanku tidak bantu, mungkin perkara lebih buruk berlaku. Terima kasih Tuanku," kongsinya.