Perbanyakkan doa, solat, baca al-Quran dan zikir di Masjid Nabawi

Masjid Nabawi. Gambar kecil: Ahmad Fakhruddin
Masjid Nabawi. Gambar kecil: Ahmad Fakhruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Umat Islam digalakkkan memperbanyakkan doa, solat, baca al-Quran dan berzikir semasa berada di Masjid Nabawi.

Ketua Imam Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Ustaz Ahmad Fakhruddin Mohd Tahir berkata, Masjid Nabawi merupakan salah satu antara tiga masjid utama bagi umat islam selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Katanya, kelebihan yang terdapat di Masjid Nabawi yang tiada di masjid-masjid lain ialah tempat ibadah khusus dipanggil Raudah dan keberadaan makam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

"Raudah yang disebut sebagai salah satu taman syurga merupakan satu tempat ibadah khusus di dalam Masjid Nabawi. Disunatkan untuk memperbanyakkan doa dan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

"Di Masjid Nabawi juga istimewa kerana keberadaan makam Nabi Muhammad SAW dan beberapa para sahabat baginda. Digalakkan kepada umat Islam untuk menziarahi makam dan memperbanyakkan selawat kepada baginda SAW," katanya.

Menurutnya, selain dua perkara tersebut, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat seperti solat, membaca al-Quran, beriktikaf, berselawat dan berzikir selain menjaga adab dan kemuliaan ketika berada di Masjid Nabawi.


Amalan-amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan semasa di Masjid Nabawi:

1) Memperbanyakkan solat sunat selain menunaikan solat wajib secara berjemaah kerana pahala solat di Masjid Nabawi digandakan sehingga 1,000 kali gandaan berbanding menunaikan solat di masjid lain.

Artikel Berkaitan:

2) Berdoa.

3) Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

4) Beriktikaf.

5) Membaca al-Quran.

6) Berzikir.