MPKu lancar akaun TikTok

Mohd Fahmi (tengah) ketika melakukan gimik Majlis Pelancaran Aplikasi TikTok MPKu di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.
Mohd Fahmi (tengah) ketika melakukan gimik Majlis Pelancaran Aplikasi TikTok MPKu di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.
A
A
A

KULAI - Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) melancarkan akaun TikTok rasminya dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatannya.

Yang Dipertua MPKu, Mohd Fahmi Salam berkata, akaun atas nama Majlis Perbandaran Kulai atau mpku_official itu diaktifkan secara rasmi bermula pada Isnin.

"Matlamat utama kewujudan akaun ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada seramai 333,000 penduduk di kawasan bawah pentadbiran MPKu.

"Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dekat dengan penduduk, kita mahu komunikasi lebih baik dan rapat dengan mereka. Platform media sosial adalah platform terbaik untuk tujuan ini.

"Sebelum ini platform media sosial yang digunakan adalah Facebook tetapi bermula hari ini, kita telah menambah satu lagi akaun media sosial iaitu di TikTok. Kami berharap melalui platform ini lebih banyak 'engagement' akan dapat dibuat bersama komuniti setempat," katanya.

Mohd Fahmi (tengah)menunjukkan aplikasi TikTok MPKu selepas majlis perasmian di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.
Mohd Fahmi (tengah)menunjukkan aplikasi TikTok MPKu selepas majlis perasmian di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Aplikasi TikTok MPKu di Dewan Persidangan MPKu di sini pada Isnin.

Mohd Fahmi berkata, pihaknya menyasarkan seberapa ramai masyarakat setempat untuk mengikuti akaun rasmi tersebut bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan PBT berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Melalui akaun ini, kita bukan sahaja akan melakukan hebahan-hebahan berkaitan, tetapi turut mewar-warkan aktiviti yang dilakukan MPKu, malahan admin akaun berkenaan juga akan berkomunikasi secara dua hala sekiranya terdapat keperluan.

"Kita sasarkan seramai mungkin pengikut akaun ini khususnya melibatkan penduduk yang menetap atau menjalankan perniagaan di kawasan ini, tetapi masyarakat sekitar juga dialu-alukan bagi mengiktiraf perkembangan daerah Kulai," ujarnya.

Mohd Fahmi (lima dari kini) ketika memperkenalkan aplikasi TikTok MPKu di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.
Mohd Fahmi (lima dari kini) ketika memperkenalkan aplikasi TikTok MPKu di Dewan Persidangan MPKu pada Isnin.

Sementara itu, Mohd Fahmi berkata, pihaknya komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Kulai pada masa depan menerusi beberapa perancangan dan tawaran.

"Antaranya kemudahan menjalankan perniagaan, kemudahan pembayaran cukai, peningkatan aspek keselamatan dengan penambahan 300 kamera litar tertutup dan juga melalui pelan hijau MPKu.

"MPKu bersama-sama dengan tiga PBT bertaraf bandar raya yang dimasukkan dalam inisiatif 'Greater JB' dan juga kawasan Wilayah Iskandar, kami mempunyai hasrat memastikan limpahan manfaat daripada kesemua inisiatif ini dirasakan penduduk daerah ini," ujarnya.