Bersatu ambil tindakan undang-undang wakil rakyat khianat parti

Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini, malam Ahad. - Foto FB Hamzah Zainudin
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini, malam Ahad. - Foto FB Hamzah Zainudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang bertindak mengkhianati parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini, malam Ahad.

Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, bagi tujuan itu mesyuarat bersetuju untuk meminda Perlembagaan Bersatu bagi menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyatnya daripada berulang.

"Mesyuarat juga bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia untuk berdepan pilihan raya kecil.

"Selaras dengan ketegasan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu bagi menghalang insiden sama daripada berulang di masa hadapan," katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama