Sarjan didakwa rogol pelajar ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang disyaki terlibat dalam kejadian merogol pelajar perempuan Tingkatan Empat, tahun lalu ditahan pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah telah direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pihaknya telah mengambil keterangan mangsa dan saksi-saksi yang terlibat bagi melengkapkan siasatan.

"Kita menjalankan siasatan dengan telus dalam memastikan keadilan kepada mangsa tanpa mengira siapa pun suspek termasuk polis.

"Siasatan dalaman turut dilakukan oleh JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard)," katanya kepada pemberita pada program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Mohd Yusri (empat dari kanan) melancarkan program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di IPK Perak, Ipoh pada Isnin.
Mohd Yusri (empat dari kanan) melancarkan program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di IPK Perak, Ipoh pada Isnin.

Minggu lalu Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa dirinya dirogol anggota polis berpangkat sarjan di kawasan parkir di sebuah pasar raya di daerah Perak Tengah dalam kejadian tahun lalu.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sebanyak dua kali iaitu pada Julai dan Oktober 2023.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, polis memberi jaminan siasatan secara telus dan adil dijalankan dengan siasatan secara menyeluruh tanpa sesekali melindungi meskipun suspek terlibat merupakan anggota polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!