'Terima kasih Dr Maszlee'

Hannah Yeoh - Foto Bernama
Hannah Yeoh - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berterima kasih kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang memperkenalkan 'Zero Reject Policy'.

Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dasar itu membantu lebih 10,000 anak orang kurang upaya (OKU) diterima masuk ke sekolah.

"Ia antara pencapaian terbaik Dr Maszlee dalam tempoh satu tahun setengah menyandang jawatan itu.

"Bagi pihak anak-anak OKU, kami ucapkan terima kasih ke atas kepimpinan Dr Maszlee," katanya ringkas.

Dr Maszlee umum peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan Khamis lalu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Putrajaya.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan pengganti Dr Maszlee akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: