Ahli Parlimen Bukit Gantang fokus stabil harga beras

Laporan Sinar Harian. Syed Abu Hussin Hafiz (kanan).
Laporan Sinar Harian. Syed Abu Hussin Hafiz (kanan).
A
A
A

TAMBUN - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab membantu kerajaan dalam menangani harga barangan.

Menurut Syed Abu Hussin Hafiz, beliau akan melaksanakan beberapa model khusus bagi menstabilkan kembali harga barangan dan memperluaskan Jualan Termurah Madani ke seluruh negara.

"Beberapa model telah dibentang dengan menjual barangan lebih murah kepada rakyat tanpa subsidi sebelum ini dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta saya laksanakan secara nasional.

"Kalau mahu laksanakan secara nasional, saya maklumkan yang beliau perlu meletakkan saya di mana-mana jawatan yang sesuai untuk merentasi kementerian bagi mendapatkan sumber lebih banyak.

"Beliau sudah umumkan tadi melantik saya untuk meneruskan model ini di seluruh negara. Saya bersedia menerima tanggungjawab dengan syarat diberikan kuasa melaksanakan untuk menentukan harga barang dan sebagainya yang kadang kala ia melibatkan kartel, kuasa dan sebagainya," katanya.

Syed Abu Hussin Hafiz (dua dari kanan) mengiringi Anwar pada program Jualan Termurah Madani barangan basah dan kering di Padang Taman Klebang Restu, Chemor pada Ahad.
Syed Abu Hussin Hafiz (dua dari kanan) mengiringi Anwar pada program Jualan Termurah Madani barangan basah dan kering di Padang Taman Klebang Restu, Chemor pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Anwar pada program Jualan Termurah Madani barangan basah dan kering di Padang Taman Klebang Restu, Chemor dekat sini pada Ahad.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, menerusi jawatankuasa di bawah Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) itu, beliau akan melaksanakan tugas bermula harga beras dan diikuti barangan lain.

Artikel Berkaitan:

"Kalau ada punca kuasa ini, saya boleh merentasi kementerian, semak bekalan, kartel dan sebagainya. Harga beras kini tidak stabil sampai RM40, rakyat bising.

"Kita ada kaedahnya. Sebenarnya peniaga tidak rugi dan rakyat mendapat harga berpatutan. Peniaga ini akan cari kaedah untuk naikkan harga sedangkan kos tidak naik pun," katanya.

Tambah bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu, beliau akan menunjukkan kepada kerajaan dan rakyat kaedah-kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan harga barang-barang makanan utama.