BB Charity Carnival salur bantuan kepada 1,500 penerima

Gimik penyerahan ang pau dan beg makanan kepada penerima.
Gimik penyerahan ang pau dan beg makanan kepada penerima.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Karnival Kebajikan Bukit Bintang atau lebih sinonim dengan BB Charity Carnival menyalurkan bantuan kepada 1,500 penerima tahun ini.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, karnival itu tidak asing bagi warga kota dan paling dinantikan setiap kali sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Menurutnya, karnival kebajikan itu bermula sejak 2006 dan memasuki tahun ke-17 dengan meraikan sekurang-kurangnya 1,000 penerima bantuan setiap tahun.

"Mereka yang diraikan terdiri daripada warga emas berumur 55 tahun dan ke atas, ibu tunggal, anak yatim, golongan gelandangan serta orang kurang upaya (OKU).

"Karnival ini dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur dan disokong KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (MCAH)," katanya pada Karnival Kebajikan Bukit Bintang di pekarangan KK Super Mart, Bukit Bintang pada Sabtu.

Acara potong kek bersama tetamu jemputan dan rakan penaja Karnival Kebajikan Bukit Bintang.
Acara potong kek bersama tetamu jemputan dan rakan penaja Karnival Kebajikan Bukit Bintang.

Hadir pada acara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail; Penasihat Kelab Rela Kehormat & Bersekutu Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Michael Chong dan Ketua Paderi Besar Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana.

KK Chai berkata, karnival tersebut diadakan setiap tahun melainkan pada 2021 dan 2022 apabila tiada sebarang aktiviti kebajikan dijalankan sebagai langkah keselamatan ketika pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

KK Chai (tujuh dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
KK Chai (tujuh dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

"Saya gembira dan terharu dengan dapat menerusikan karnival tahunan ini dan kita boleh lihat kegembiraan pada wajah penerima bantuan.

"Terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alam Flora, Rela, vendor, para penaja serta 250 sukarelawan dalam kalangan kakitangan KK Super Mart serta persatuan yang bersatu hati merealisasikan Karnival Kebajikan Bukit Bintang," ujar beliau.

Agihan bantuan kepada salah seorang penerima.
Agihan bantuan kepada salah seorang penerima.

Beliau berharap karnival kebajikan berkenaan diteruskan setiap tahun dan mengalukan kerjasama daripada syarikat lain untuk turut serta.

Karnival bermula jam 3 petang itu diserikan dengan acara agihan ang pau dan beg mengandungi keperluan makanan serta minuman disusuli persembahan shaolin oleh Shaolin Zen Material Art dan Tarian 1 Malaysia dari Aswara Malaysia.

KK Chai (tengah) bergambar bersama penerima bantuan.
KK Chai (tengah) bergambar bersama penerima bantuan.