Tunku Mahkota Ismail terima menghadap Azam Baki di Kuala Lumpur

Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Azam Baki di Kuala Lumpur, petang tadi. Foto HRH Crown Prince of Johor
Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Azam Baki di Kuala Lumpur, petang tadi. Foto HRH Crown Prince of Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung selama sejam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, sebentar tadi.

Pemangku Sultan Johor itu kini berada di ibu negara.

Sultan Ibrahim dijadualkan bertolak dari Istana Bukit Serene, di sini, pada jam 7.45 pagi esok, untuk ke Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), sebelum berlepas ke Pangkalan Udara Subang. - Bernama

Artikel Berkaitan: