Presiden Korea Selatan terpalit skandal beg jenama mewah isteri

Suk-yeol enggan mengulas tentang rakaman video yang memaparkan isterinya menerima beg jenama Christian Dior bernilai kira-kira AS,200 (RM10,400) daripada seorang paderi Korea-Amerika pada September 2022. Foto Agensi
Suk-yeol enggan mengulas tentang rakaman video yang memaparkan isterinya menerima beg jenama Christian Dior bernilai kira-kira AS,200 (RM10,400) daripada seorang paderi Korea-Amerika pada September 2022. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - Rating penolakan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mencapai tahap tertinggi dalam tempoh kira-kira sembilan bulan di tengah-tengah skandal beg berjenama mewah yang diterima Wanita Pertama, Kim Keon-hee.

Keputusan tinjauan mingguan oleh Gallup Korea yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan peningkatan daripada 58 kepada 63 peratus.

Kumpulan kaji selidik itu mendakwa ‘isu panas’ yang menghimpit Keon-hee menjadi faktor utama lonjakan kadar tersebut dan dijangka memberi impak kepada Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinan Suk-yeol yang berhasrat untuk menjadi kuasa majoriti di Parlimen menjelang Pilihan Raya dijadualkan pada April depan.

Sehingga kini, Suk-yeol enggan mengulas tentang rakaman video yang memaparkan isterinya menerima beg jenama Christian Dior bernilai kira-kira AS$2,200 (RM10,400) daripada seorang paderi Korea-Amerika pada September 2022.

Klip tersebut dikatakan telah diambil menggunakan kamera tersembunyi yang kemudiannya dimuat naik di saluran YouTube milik kumpulan politik liberal.

Sementara itu, pemimpin PPP, Han Dong-hoon percaya insiden tersebut jelas satu perangkap. - Agensi

@sinarharianonline

#SinarHarian #SinarTerkini #Korea #Presiden #Skandal #Beg #Isteri

Ring (Originally Performed by Selena Gomez) [Instrumental Version] - Hit The Button Karaoke

Artikel Berkaitan: