Kenduri kesyukuran bertukar kenduri arwah

Tiga van jenazah membawa ketiga-tiga mangsa untuk disembahyangkan di masjid di kem terbabit sebelum dibawa pulang ke kampung-kampung masing di Kelantan hari ini. (Gambar kecil: Mohd Anizan)
Tiga van jenazah membawa ketiga-tiga mangsa untuk disembahyangkan di masjid di kem terbabit sebelum dibawa pulang ke kampung-kampung masing di Kelantan hari ini. (Gambar kecil: Mohd Anizan)
A
A
A

TEMERLOH - "Sepatutnya saya dan keluarga hari ini balik ke kampung untuk buat kenduri kesyukuran esok," kata Sarjan Mohd Anizan Mohd Daud, 39, bapa kepada Nor Amar Mukhlis Mohd Anizan,13, yang ditemui lemas dalam kolam sebuah kem tentera di Mentakab dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian terbabit, Aiman Syafiq Sudirman,11 dan Muhammed Shafiq Aswad Shahril Naim, 11 turut ditemukan lemas dan ketiga-tiga mereka adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, Mentakab.

Mohd Anizan (kiri) dan Sudirman (kanan) ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HoSHAS Temerloh pada Sabtu.
Mohd Anizan (kiri) dan Sudirman (kanan) ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HoSHAS Temerloh pada Sabtu.

Mohd Anizan berkata, sebelum ini anak sulung daripada lima beradik itu selalu bertanyakan hari untuk pulang ke kampung di Bachok, Kelantan.

"Ketika kejadian saya sedang bertugas dan masa nak maklumkan kepada saya dapat cuti, terlihat WhatsApp Group ada kes lemas.

"Saya terkejut dan bergegas ke tempat kejadian dan lihat anak saya sedang diberikan bantuan CPR sebelum dimaklumkan sudah tiada," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini pada Sabtu.

Menurutnya, anaknya kelihatan pendiam sejak beberapa hari lalu dan dia (anaknya) ada memaklumkan ingin pergi bermain bola sepak bersama rakan.

Reda dengan kehilangan tersebut, beliau memberitahu jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuau, Bachok.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bapa kepada Aiman, Koperal Sudirman Mustafa, 37, berkata, dia segera membawa isterinya ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian yang membabitkan anaknya.

Koperal Shahril Naim ketika membawa keluar jenazah anaknya dari Unit Forensik HoSHAS pada Sabtu.
Koperal Shahril Naim ketika membawa keluar jenazah anaknya dari Unit Forensik HoSHAS pada Sabtu.

"Namun selepas tiba, beberapa minit kemudian dimaklumkan anak sudah tiada.

"Ingat ada harapan ketika itu tapi..saya kenal mangsa-mangsa lain mereka pernah datang ke rumah beraya, pergi masjid bersama," jelasnya jenazah anak sulung daripada tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Badak, Bachok di Kelantan.

Selain keluarga dua mangsa terbabit, turut kelihatan ibu bapa Muhammed Shafiq yang menunggu proses bedah siasat dan ketiga-tiga jenazah dibawa keluar kira-kira jam 10.55 pagi sebelum disembahyangkan di masjid di kem terbabit.

Waris mangsa, guru dan kenalan yang menunggu di pekarangan Unit Forensik hospital pada Sabtu.
Waris mangsa, guru dan kenalan yang menunggu di pekarangan Unit Forensik hospital pada Sabtu.