Rumah 'berhantu' untuk dijual

Sebuah rumah untuk dijual di Bangkok dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Foto Agensi
Sebuah rumah untuk dijual di Bangkok dikatakan mempunyai kuasa ghaib. Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Sebuah rumah yang dianggap mempunyai kuasa ghaib atau misteri yang tular di media sosial baru-baru ini bakal dijual.

Rumah terletak di Jalan Krung Thep Kritha di ibu negara Bangkok berharga 33.3 juta Baht (RM4.4 juta), turut didakwa mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan dan sebelumnya.

Selain itu, ia dikatakan boleh memberi amaran mengenai potensi bahaya dan boleh membuat ramalan nombor ekor. Malah, satu lohong hitam telah muncul dalam rumah tersebut.

Satu siaran Facebook daripada kumpulan Second-Hand Houses With Good Deals di Bangkok telah mendedahkan kuasa ghaib terdapat dalam rumah itu dan juga menerangkan peraturan untuk tinggal di sana.

Malah, pemiliknya mendedahkan bahawa terdapat tenaga aneh yang tidak dapat dijelaskan di dalam rumah, namun tiada tanda-tanda kemunculan hantu.

Rumah berkeluasan 89 meter persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua ruang tamu, dua bilik mandi, dua bilik persalinan dan stor. Terdapat juga tempat letak kereta.

Menurut hantaran di Facebook, terdapat seorang lelaki yang tinggal di rumah itu selama kira-kira 30 tahun dan dia tidak pernah terfikir untuk menjualnya kerana dia telah tinggal di sana sepanjang hayatnya.

"Rumah ini mempunyai tenaga yang pelik, tetapi saya menekankan bahawa tiada hantu kerana tiada siapa yang pernah mati di rumah ini," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: