BATC 2024: Justin keluar, Jun Hao masuk

Leong Jun Hao
Leong Jun Hao
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menggantikan pemain perseorangan Justin Hoh dengan Leong Jun Hao untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang menyingkap tirai bermula 13 hingga 18 Februari depan.

BAM berkata, Justin mengalami kecederaan pada lutut kanannya mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih.

"Dengan tarikh akhir mendaftar pemain pada tengah malam ini, BAM memutuskan untuk membawa masuk Leong Jun Hao sebagai pengganti.

"Justin telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengelak daripada menyertai sebarang pertandingan berintensiti tinggi dalam beberapa minggu akan datang," kata badan induk tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, “Justin akan menjalani pemulihan dan akan kembali ke mahkamah sebaik sahaja disahkan oleh doktor.

"Kami akan memantau dengan teliti keadaan Justin. Kami mendoakan dia cepat sembuh dan berharap dapat melihatnya kembali beraksi tidak lama lagi.”

Sebagai rekod, skuad lelaki negara muncul juara buat pertama sejak pergenalan pada 2016 selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).


Skuad Lelaki BATC 2024

Artikel Berkaitan:

Perseorangan

Zii Jia

Tze Yong

Leong Jun Hao

Eugen Owe

Beregu

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Skuad Wanita BATC 2024

Perseorangan

Goh Jin Wei

K Letshanaa

Siti Nurshuhaini Azman

Wong Ling Ching

Beregu

Pearly Tan-M Thinaah

Go Pei Kee-Low Yeen Yuan

Teoh Mei Xing-Tan Zhing Yi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!