Serangan Pas ke atas DAP, Mat Sabu minta ahli Amanah kekal tenang

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menggesa pemimpin dan ahli parti itu supaya kekal tenang dalam mendepani isu serangan terbaharu Pas terhadap DAP.

Menyifatkan Pas sebagai sebuah parti yang tidak tetap pendirian, Mohammad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menegaskan Pas bersikap ‘talam dua muka’ dan hanya pandai mengambil kesempatan.

Susulan itu, Mat Sabu meminta jemaah Amanah supaya tidak mengendahkan tindakan Pas tersebut.

“Pas adalah parti yang boleh berubah sekelip mata.

“Hal ini kerana jika Amanah memutuskan hubungan dengan DAP pukul 2 petang, sejam berikutnya Pas akan segera menghulurkan tangan kepada DAP yang memiliki 40 kerusi Parlimen, Justeru kita tidak perlu memberi sebarang ulasan berkenaan serangan Pas terhadap DAP,” katanya menerusi satu kenyataan di hantaran Facebooknya pada Jumaat.

Tambahnya lagi, jika ditelesuri hubungan Pas lebih lama dengan DAP.

“Tatkala ketika bersama, mereka sentiasa memuji DAP yang dikatakan sentiasa menghormati perlembagaan dan hak-hak demokrasi.

“Tetapi hari ini mereka memberi komen yang buruk kepada DAP. Perkara ini perlu diabaikan oleh pendukung Amanah,” tegasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Mengambil satu lagi contoh, Mohamad berkata, sebelum ini bagi mereka pertembungan dengan UMNO bukan sekadar politik tetapi melibatkan hukum hakam sehingga terdapat yang melarang berimamkan dan memakan sembelihan orang UMNO.

“Namun pasca kemenangan Pakatan Harapan 2018 yang menggabungkan Amanah, PKR, DAP dan Bersatu, Pas segera bekerjasama dengan UMNO bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Ketika itu segala hukum hakam dan pertembungan akidah dengan UMNO digugur segera oleh Pas,” katanya.