Pendapatan Ronaldo di Instagram melebihi hasil main bola

Penyerang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo telah disenaraikan sebagai individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram
Penyerang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo telah disenaraikan sebagai individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram
A
A
A

ITALI - Penyerang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo disenaraikan sebagai individu dengan pendapatan tertinggi melalui Instagram yang kini mempunyai lebih 196 juta pengikut di media sosial.

Jumlah pendapatannya melalui Instagram dikatakan melebihi jumlah diperoleh hasil karier sukannya pada tahun lepas iaitu sekitar AS$35 juta (RM143.6 juta).

Pemain kebangsaan Portugal itu memperoleh kira-kira AS$47.8 juta (RM196 juta), sekali ganda mengatasi pendapatan Instagram Bintang Barcelona, Lionel Messi iaitu RM95.6 juta dan model serta bintang realiti televisyen, Kendall Jenner berjumlah RM65.2 juta.

David Beckham yang juga bekas kapten pasukan bola sepak England pula menduduki tempat keempat dengan pendapatan kira-kira RM43 juta, manakala penyanyi terkenal, Selena Gomez di tempat kelima dengan jumlah pendapatan RM32 juta.

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

Artikel Berkaitan: