AFC sifatkan gol Faisal satu keajaiban

Hantaran AFC di laman Facebook mereka yang menyifatkan gol Faisal Halim ketika berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia, pada Khamis sebagai satu keajaiban.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hantaran AFC di laman Facebook mereka yang menyifatkan gol Faisal Halim ketika berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia, pada Khamis sebagai satu keajaiban. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) menyifatkan gol Faisal Halim ketika berdepan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia, pada Khamis sebagai satu keajaiban.

Tonggak sayap skuad kebangsaan itu menjaringkan gol pertama skuad negara pada minit ke-51 untuk mengikat perlawanan selepas gol pembukaan dijaringkan pemain Korea Selatan, Jeong Woo-yeong pada minit ke-21.

Menariknya, gol tersebut dikategorikan antara jaringan tercantik perlawanan selepas Faisal berjaya 'menipu' beberapa pertahanan Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.

"When magic happens (apabila keajaiban berlaku)," kata AFC dalam satu hantaran di laman Facebook konfederasi itu.

Dalam perlawanan yang penuh mendebarkan itu menyaksikan Malaysia turut berada di hadapan selepas jaringan Faisal menerusi gol penalti bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-57.

Korea bangkit dengan dua gol menerusi Lee Kang-in sebelum mendahului menerusi sepakan penalti bintang Totteham Hotspur, Son Heung-min.

Namun, penyerang naturalisasi negara, Romel Morales memastikan penampilan Malaysia di Piala Asia diingati menerusi gol penyamaan pada masa kecederaan.

Dalam pada itu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut memuji perlawanan sengit membabitkan kedua-dua pasukan.

Artikel Berkaitan:

"Perlawanan yang hebat sekali," kata FIFA di laman Facebook mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!