Sempat selamatkan 60 lembu daripada hanyut

Azhar mengalihkan 60 ekor lembu dari kandang miliknya di Kampung Bukit Denau, di sini pada Khamis. Gambar kecil: Azhar
Azhar mengalihkan 60 ekor lembu dari kandang miliknya di Kampung Bukit Denau, di sini pada Khamis. Gambar kecil: Azhar
A
A
A

KUANTAN - Seorang penternak berdepan detik cemas apabila air naik secara mendadak yang turut mengancam nyawa 60 ekor lembu dikurung dalam kandang di Kampung Bukit Danau, di sini.

Bagaimanapun, Azhar Abdullah, 40, berkata, dia bersyukur sempat menyelamatkan semua haiwan ternakannya dalam kejadian banjir kali ketiga pada musim tengkujuh sejak Disember tahun lalu.

"Macam semalam (Rabu), air mula naik dalam jam 2 pagi, kita memang dah kurung di sini tapi kawasan ini pun tenggelam juga.

"Pagi ini saya dengan bantuan kawan-kawan mula pindahkan lembu ke tempat lebih tinggi, lebih selamat," katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Danau, di sini pada Khamis.

Azhar memberitahu pernah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas lebih 20 lembu peliharaannya dihanyut arus banjir pada tahun 2021.

Seorang lelaki membantu meranduk air bagi memindahkan lembu dari kandang di Kampung Bukit Denau pada Khamis.
Seorang lelaki membantu meranduk air bagi memindahkan lembu dari kandang di Kampung Bukit Denau pada Khamis.

Jelasnya, kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan minat dalam bidang penternakan.

Tambahnya, banjir kali ini tidak melibatkan sebarang kerugian seperti tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah kali ini tidak rugi banyak kerana hanya seekor anak lembu yang mati kesejukan dan selebihnya berjaya dipindahkan. Kebiasaanya pada musim hujan risiko itu ada (anak lembu mati).

Azhar sempat menyelamatkan lembu ternakannya selepas kawasan Kampung Bukit Denau dinaiki air sejak awal pagi Khamis.
Azhar sempat menyelamatkan lembu ternakannya selepas kawasan Kampung Bukit Denau dinaiki air sejak awal pagi Khamis.

"Pada 2021, 20 ekor lembu hanyut, kalau tidak silap saya hanya enam ekor yang terselamat," ujarnya.

Azhar memberitahu kesemua haiwan ternakan itu akan ditempatkan di kawasan bukit berdekatan di sebarang jambatan menghala ke pekan Sungai Lembing.

Azhar meranduk air banjir dengan membawa dua ekor anak lembu untuk dipindahkan di tempat tinggi selepas kandang di Kampung Bukit Denau dinaiki air.
Azhar meranduk air banjir dengan membawa dua ekor anak lembu untuk dipindahkan di tempat tinggi selepas kandang di Kampung Bukit Denau dinaiki air.

"Saya tempatkan ternakan di kawasan itu sebab ia agak tinggi, selalu kerja-kerja pemindahan dilakukan awal," katanya yang memiliki dua kandang di kampung terbabit.