'Kami akan berjuang habis-habisan di Molineux'

Ole Gunnar Solskjaer -Foto AFP
Ole Gunnar Solskjaer -Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan respons positif dalam kalangan para pemain The Red Devils menjelang aksi Pusingan Ketiga Piala FA menentang Wolverhampton di Stadium Molineux, pagi ini.

Menurutnya, hadir ke laman Wolves bukan sesuatu yang mudah, namun beliau percaya para pemain Manchester United mampu menghasilkan respons positif selepas tewas 0-2 kepada Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates tiga hari lalu.

"Ini akan kali keempat bagi saya ke sana (Molineux) dan kami belum pernah menang di Molineux.

"Tapi secara jujur Molineux bukan tempat yang yang mudah bagi semua pasukan. Liverpool pernah kalah di sana musim lalu dan Manchester City juga baru saja kalah di sana.

"Tapi kali ini kami datang untuk menang dan kami akan berjuang untuk menang di sana.

"Untuk itu para pemain harus bermain lebai baik, tampil lebih bagus, dan ke sana dengan mentaliti positif.

"Paling penting respons positif pada perlawanan menentang Wolves selepas banyak pihak menyifatkan kekalahan kepada Arsenal tempoh hari adalah persembahan yang begitu buruk," katanya.

Artikel Berkaitan: