Terowong lombong emas runtuh di Mali ragut 70 nyawa

Mali merupakan pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika dengan menyumbang kira-kira 25 peratus kepada belanjawan negara. Foto fail AFP
Mali merupakan pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika dengan menyumbang kira-kira 25 peratus kepada belanjawan negara. Foto fail AFP
A
A
A

KIGALI - Lebih 70 orang maut selepas terowong di kawasan perlombongan runtuh dalam kejadian di barat daya Mali, kata seorang pegawai pada Rabu.

Kejadian berlaku pada Jumaat di tapak perlombongan emas di bandar Kobadani di wilayah Kolikouro, kata Karim Berthe, lapor Agensi Anadolu.

Berthe berkata, siasatan telah dilancarkan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Menurut laporan, dianggarkan 200 pelombong sedang bekerja di lombong berkenaan ketika kejadian.

Lombong itu biasanya ditutup pada musim hujan untuk mengelakkan sebarang risiko.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Perlombongan kesal dan sedih dengan kejadian itu dan kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Mali ialah pengeluar emas ketiga terbesar di Afrika dengan menyumbang kira-kira 25 peratus kepada belanjawan negara. - Bernama-Agensi Anadolu

Artikel Berkaitan: