Guan Eng dakwa Sarawak fitnah kerajaan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Sarawak mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Kerajaan Pusat berhubung isu pembayaran cukai pelancongan.

Katanya, kerajaan Sabah juga telah mengeluarkan penafian bahawa negeri itu telah menerima hasil cukai pelancongan 2018, sekaligus menolak dakwaan yang dibuat Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

"Kerajaan Negeri Sabah sendiri telah keluarkan kenyataan menafikan kenyataan Kerajaan Negeri Sarawak bahawa Sabah telah menerima hasil cukai berkenaan.

"Jelas sekali kerajaan Sarawak telah membuat dakwaan palsu dan berniat fitnah terhadap kerajaan ,"katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Guan Eng lagi, adalah lebih baik untuk Sarawak berhubung dengan kerajaan bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang lebih tepat.

"Langkah ini perlu supaya dapat mewujudkan kerjasama yang kukuh dengan kerajaan seperti dijanjikan, dan bukan sebaliknya,"katanya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang kepada kerajaan pada 31 Disember 2018 berjumlah RM2.38 Bilion dan semua pinjaman

daripada kerajaan persekutuan telah dibayar balik mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang tunggakan hutang.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng kritik kerajaan Sarawak ghairah serang kerajaan Persekutuan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat fitnah: Guan Eng]