Tak dapat gaji, Jamsari mahu lelong pingat

A
A
A

[DIKEMAS KINI] BEKAS penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian sekali lagi mahu menjual pingat yang dimenangi ketika beraksi bersama MPPJ FC pada tahun 2001 hingga 2004.

Menurut Jamsari, dia mahu menjual pingat tersebut untuk menampung kehidupan ketika ini.

Beliau yang berkhidmat untuk Kelantan United sebagai jurulatih penjaga gol pada musim lalu itu mahu menjual pingat tersebut dengan nilai RM30,000.

"Saya memang nak jual medal tu dalam RM30,000 sebab utama memang pasal gaji. Lima bulan tak ada gaji. Tetapi, syukur Kelantan United pun dah bayar bulan Ogos dan September semalam. Baki tinggal bulan Oktober, November dan Disember.

"Mereka pun memang dah beri satu memo pembayaran akan selesaikan pada 31 Januari ini. Jadi, saya berdoa semoga kelab tunaikan janji dan semoga dipermudahkan segala urusan kelab.

"Berkenaan medal tu memang saya nekad nak jual. Jika ada sesiapa berminat boleh hubungi saya," katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Tiga pingat yang dimenangi Jamsari ketika bersama zaman kegemilangan MPPJ diraih menerusi juara Piala Malaysia, Sumbangsih, Piala FAM dan Liga Perdana sepanjang 2001 hingga 2004.

Sebelum ini, Jamsari juga pernah menjual koleksi pingat yang dimenanginya bersama Selangor pada 2005.

Dalam pada itu, Jamsari mengakui agak sedih dengan situasi tunggakan gaji tersebut yang terus melanda saingan Liga Malaysia.

Artikel Berkaitan:


"Saya sebolehnya tak nak bising mengenai perkara macam ini sebab saya bersara pun sebab masalah seperti ini. Apabila saya kembali semula dalam bola sepak, perkara ini masih berlaku".

"Ia tidak bagus untuk industri bola sepak kita," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!