Jokowi nafi khabar angin beberapa menteri mahu letak jawatan

Jokowi, Sri Mulyani
Jokowi, Sri Mulyani
A
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menafikan khabar angin yang mendakwa beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati mahu meletak jawatan.

“Dari mana munculnya berita ini?

Sedangkan dari pagi hingga ke petang kita adakan mesyuarat dalaman dan pleno.

"Tidak ada isu yang timbul daripada menteri berkenaan,” katanya pada Sabtu lalu.

Jokowi percaya khabar angin itu tersebar kerana Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Kita sudah memasuki bulan politik penting pada tahun ini. Semua perkara akan ada kaitan dengan hal politik.

"Tetapi, saya bersama para menteri tetap menjalankan tugas kami,” jelasnya.

Sebelum ini, ahli ekonomi kanan dan bekas anggota Parti Amanat Nasional (PAN), Faisal Basri mendakwa Sri Mulyani dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat, Basuki Hadimuljono bersedia untuk berundur daripada Kabinet Jokowi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, keputusan peletakan jawatan itu dibuat kononnya kerana kecewa dengan dasar pentadbiran Jokowi dan pendirian tidak berkecuali beliau pada Pemilu.

Sementara itu, Sri Mulyani dan kementeriannya bertindak menafikan khabar angin tersebut yang disifatkan tidak berasas. - Agensi