Penjawat awam ditahan kes tuntutan palsu program Jualan Rahmah

Seorang penjawat awam ditahan SPRM kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,000. Foto Ihsan SPRM.
Seorang penjawat awam ditahan SPRM kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,000. Foto Ihsan SPRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki menggunakan dokumen invois bagi tujuan tuntutan palsu.

Menurut sumber, suspek dipercayai membuat tuntutan palsu bagi pembayaran Program Jualan Rahmah 2023 berjumlah RM22,000.

Menurutnya, perintah reman ke atas suspek diperoleh selama lima hari bermula Isnin sehingga Jumaat ini.

"Perintah reman telah dikeluarkan oleh Majistret Tuan Muhammad Zul Hilmi Latif, selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi Isnin.

"SPRM telah bertindak menahan suspek wanita berusia berusia 30-an kira-kira jam 9.00 malam pada Ahad di pejabat SPRM Kedah ketika diminta hadir memberi keterangan," katanya pada Isnin.

Sumber berkata, suspek dipercayai menjadi perancang utama dan berpakat dengan pemilik syarikat untuk menggunakan invois yang mengandungi butir matan palsu.

Jelasnya, butiran matan palsu itu membabitkan kuantiti jualan melebihi kuantiti sebenar yang terjual.

Menurutnya, perkara itu dikesan setelah mendapati invois yang dikemukakan tidak sama dengan Laporan Ringkas Program Jualan Rahmah 2023 yang dikeluarkan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kedah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee a/l Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.