Liverpool jumpa Everton tanpa Keita

Liverpool terpaksa melupakan khidmat Keita bagi aksi menentang Everton.
Liverpool terpaksa melupakan khidmat Keita bagi aksi menentang Everton.
A
A
A

TONGGAK Liverpool, Naby Keita hampir pasti tidak akan diturunkan menentang Everton pada Pusingan Ketiga Piala FA di Anfield, awal pagi Isnin.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp berkata, Keita yang mengalami kecederaan menjelang aksi menentang Sheffield United sebelum ini tidak akan diturunkan pada perlawanan derbi Merseyside.

Menurutnya, Keita pemain tengah dari Guinea itu

mengalami kecederaan bahagian paha ketika sesi pemanas badan sebelum aksi menentang Sheffield United dan masih menunggu pemeriksaan lanjut.

"Saya tidak mengetahui perincian kecederaan paha dialami Keita, namun yang pasti dia tidak akan diturunkan aksi menentang Everton.

"Semua pemain yang pernah main bola sepak pernah mengalami cedera ini. Cumanya saya tidak tahu berapa lama masa diperlukan untuk Keita kembali sembuh.

"Apapun kami memiliki 12 pemain termasuk pemain muda yang boleh beraksi. Jadi kami tidak berdepan masalah mengisi posisi Keita," katanya.

Artikel Berkaitan: