X

Kindly register in order to view this article
!

'Ini lawak 2020'

Zainol Fadzi turut membuat hantaran di facebooknya menafikan tentang mesej tular mengenai kedudukan beliau di Perak sebagai pengganti Ahmad Faizal.
A
A

IPOH - Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menafikan beliau akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab mesej yang tular sejak semalam mendakwa Ahmad Faizal akan menggantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Zainol Fadzi berkata, mesej tular tersebut disifatkan tidak berasas dan sebagai 'jenaka' pihak tidak bertanggungjawab.

"Ini semua cerita rekaan. Saya anggap sebagai lawak tahun baru 2020 yang langsung tidak benar sama sekali.

"Semalam ramai yang menghubungi saya bertanyakan hal tersebut. Jenuh menjawab mesej dan panggilan mengenai kebenaran mesej itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Zainol Fadzi turut membuat memuat naik status di Facebooknya yang menafikan dakwaan yang tersebar itu.

Semalam, satu mesej tular memaklumkan Ahmad Faizal akan dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Maszlee yang meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu.

Selain itu, mesej tersebut turut menamakan Zainol Fadzi sebagai pengganti Ahmad Faizal untuk jawatan Menteri Besar Perak.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam semalam melalui video secara langsung di Facebooknya turut mencadangkan Ahmad Faizal menggantikan Maszlee manakala Zainol Fadzi menggantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak bagi memudahkan lebih ramai pemimpin UMNO Perak menyertai Pakatan Harapan di negeri itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!