Prabowo kekal dahului Anies, Ganjar

Prabowo terlalu yakin akan memenangi pusingan pertama Pilpres 2024. Foto Agensi
Prabowo terlalu yakin akan memenangi pusingan pertama Pilpres 2024. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Keputusan kaji selidik terbaharu menunjukkan calon presiden (capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto masih mendahului dua pesaingnya.

Tinjauan dilakukan Indikator Politik Indonesia pada 10 hingga 16 Januari lalu mendapati sokongan ke atas Menteri Pertahanan itu bersama calon wakil presiden (cawapres), Gibran Rakabuming Raka adalah sebanyak 48.6 peratus.

Populariti Prabowo yang dipercayai ada kaitan dengan pengaruh Presiden Joko Widodo atau Jokowi kekal utuh walaupun 'diserang' teruk Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo ketika sesi debat ketiga pada awal bulan lalu.

Sementara itu, kaji selidik dilakukan Lembaga Survei Indonesia (LSI) pada 10 hingga 11 Januari menunjukkan sokongan ke atas Anies menyaksikan sedikit peningkatan daripada 22.3 peratus kepada 23.3 peratus, manakala Ganjar mengalami penurunan daripada 23.8 peratus berbanding 21.7 peratus sebelum ini.

“Sokongan ke atas Prabowo pula meningkat daripada 45.6 kepada 47 peratus,” ujar LSI.

LSI dan Indikator memberitahu, terdapat kemungkinan Pilpres berlangsung secara dua pusingan walaupun Prabowo terlalu yakin akan memenangi pusingan pertama. - Agensi

Artikel Berkaitan: