Pesara rugi lebih RM260,000 terpedaya janji untung lumayan

Seorang pesara kerugian lebih RM260,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud.
Seorang pesara kerugian lebih RM260,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pesara kerugian lebih RM260,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada awal Disember tahun lalu, mangsa, lelaki berusia 55 tahun menerima tawaran untuk menyertai skim pelaburan saham patuh syariah yang dijanjikan keuntungan lumayan.

"Mangsa berminat dan menyertai pelaburan itu dengan bayaran permulaan RM500 dan memperolehi keuntungan RM110.

"Mangsa kemudian diminta mendaftar melalui satu portal, hihg-5.cc untuk melihat pergerakan sahamnya," jelasnya.

Beliau berkata, dalam tempoh satu bulan bermula 17 Disember 2023, mangsa diminta membayar cukai dan membuka akaun bagi memperoleh wang keuntungan pelaburan.

"Teruja dengan keuntungan lumayan dijanjikan, mangsa membuat 14 transaksi bayaran kepada lima akaun berbeza sebelum menyedari ditipu sehingga mengalami kerugian RM260,388," katanya.

Justeru katanya, Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

"Polis Pahang juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan apa jua dakwaan diterima melalui panggilan daripada individu tidak dikenali.

"Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," ujarnya.

Artikel Berkaitan: