Suami cederakan diri selepas kelar isteri

Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.
Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki bertindak melarikan diri selepas mengelar isteri menggunakan pisau pemotong apabila mangsa meminta bantuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, insiden berdarah itu terjadi apabila berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri tersebut di dalam kenderaan yang dinaiki bersama.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada orang ramai berhubung kejadian jam 1.41 petang pada Jumaat.

Menurutnya, panggilan itu memaklumkan seorang lelaki telah menikam seorang perempuan di Lebuhraya Kesas, berhadapan Kondominium Gravit 8, Kota Bayu Emas, dekat sini.

Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.
Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.

"Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa dan suspek adalah pasangan suami isteri warga tempatan, mangsa berumur 49 tahun manakala suspek berusia 50 tahun.

"Kedua-duanya yang menaiki kenderaan jenis Mazda CX5 berwarna biru gelap dipercayai dalam perjalanan ke kedai makan.

"Pada masa tersebut telah berlaku perselisihan faham antara mereka, suspek telah memberhentikan kereta di bahu jalan dan bertindak mengelar mangsa beberapa kali menggunakan pisau pemotong," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Hoong Fong berkata, mangsa yang dalam ketakutan telah keluar dari kenderaan bagi meminta bantuan daripada orang ramai.

Menurutnya, mangsa telah mengalami kecederaan luka kelar di bahagian leher, bahu sebelah kiri, tangan sebelah kanan, kaki sebelah kiri dan belakang badan.

"Sebuah kereta telah berhenti untuk memberi bantuan menyebabkan suspek terus melarikan diri dengan memandu kenderaannya.

"Bertindak atas maklumat, kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah mengesan suspek di Jalan Batu Nilam 34, dekat sini.

Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.
Tangkap layar daripada sebuah video tular menyaksikan suspek ditemui berlumuran darah selepas bertindak menikam isterinya di Kota Bayu Emas, Klang, Selangor pada Jumaat.

Kata beliau, anggota polis mendapati suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dipandunya dan memecahkan tingkap bagi menyelamatkan suspek dengan bantuan pihak ambulans.

"Suspek yang dalam keadaan berlumuran darah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan dan rawatan.

"Suspek mengalami kecederaan luka kelar di kedua-dua belah tangan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.