PPS ketiga dibuka di Kedah, mangsa meningkat 197 orang

Sebuah PPS baharu sahaja dibuka di Dewan Taman Seri Bagan di daerah Kota Setar pada jam 9 malam Selasa melibatkan 20 mangsa daripada lapan buah keluarga. - Foto APM
Sebuah PPS baharu sahaja dibuka di Dewan Taman Seri Bagan di daerah Kota Setar pada jam 9 malam Selasa melibatkan 20 mangsa daripada lapan buah keluarga. - Foto APM
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir kini telah mencecah 197 orang di Kedah yang ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua daerah di Kubang Pasu dan Kota Setar.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, daripada tiga PPS tersebut, sebuah PPS baharu sahaja dibuka di Dewan Taman Seri Bagan di daerah Kota Setar pada jam 9 malam Selasa.

"Jumlah mangsa yang terlibat adalah 20 orang dari lapan buah keluarga yang tinggal di Taman Seri Bagan," katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa.

Selain di Kota Setar, Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa seramai 177 orang di dua PPS yang dibuka pada malam Isnin dan juga petang Selasa.

Kedua-dua PPS tersebut iaitu PPS Sekolah Menengah Changlun kini menempatkan seramai 150 mangsa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlun yang dibuka pada jam 2.30 petang pada Selasa pula mencatatkan peningkatan daripada 16 mangsa kepada 27 mangsa setakat jam 8 malam.

Artikel Berkaitan: