[KRONOLOGI] Kes dua beradik hilang

Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya pada 1 Januari lalu.
Kedua-dua remaja dilaporkan hilang selepas pulang daripada solat Subuh di surau kawasan perumahan mereka di Taman Bernam Jaya pada 1 Januari lalu.
A
A
A

[KRONOLOGI]

Berikut merupakan kronologi dua beradik berusia 15 dan 16 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi 1 Januari lalu.

KHAMIS [4 JANUARI 2024]

Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin

Polis mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi 1 Januari lalu.

ARTIKEL PENUH:Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin

SELASA [16 JANUARI 2024]

Seorang daripada dua beradik hilang ditemukan tidak bermaya

Artikel Berkaitan:

Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lepas.

ARTIKEL PENUH:Seorang daripada dua beradik hilang ditemukan tidak bermaya

RABU [17 JANUARI 2024]

Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes dua beradik dikurung yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Bernam Jaya.

ARTIKEL PENUH:Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan

KHAMIS [18 JANUARI 2024]

Dua beradik hilang: Suspek kurung, cabul, liwat remaja lelaki ditahan

Pihak polis mendapati remaja lelaki tersebut bukan diculik sebagaimana dilaporkan.

ARTIKEL PENUH:Dua beradik hilang: Suspek kurung, cabul, liwat remaja lelaki ditahan

Dua beradik hilang: Seorang lagi akhirnya dijumpai

Seorang lagi remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman mereka di Taman Bernam Jaya, di sini sejak 1 Januari lalu, dijumpai selamat pada Khamis.

ARTIKEL PENUH:Dua beradik hilang: Seorang lagi akhirnya dijumpai

Ibu syukur dua anak hilang ditemukan selamat

Ibu kepada dua beradik lahir rasa syukur selepas seorang lagi anak lelakinya yang dilaporkan hilang akhirnya ditemukan selamat.

ARTIKEL PENUH:Ibu syukur dua anak hilang ditemukan selamat

Dua beradik hilang: Pemeriksaan hospital dapati tiada kesan liwat

Polis memaklumkan hasil pemeriksaan hospital mengesahkan tiada kecederaan fizikal dan tiada kejadian liwat berlaku.

ARTIKEL PENUH:Dua beradik hilang: Pemeriksaan hospital dapati tiada kesan liwat

JUMAAT [19 JANUARI 2024]

Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual

Seorang tukang urut lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun tiga bulan, bermula 1 Januari lalu.

ARTIKEL PENUH:Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!