Cubaan seludup diesel ke Thailand gagal

3,150 liter diesel bernilai RM6,772.50 diletakkan di dalam beberapa tong dram plastik di lokasi jeti itu. Foto FB KPDN Kelantan
3,150 liter diesel bernilai RM6,772.50 diletakkan di dalam beberapa tong dram plastik di lokasi jeti itu. Foto FB KPDN Kelantan
A
A
A

TUMPAT- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 3,150 liter minyak diesel ke Thailand, yang disimpan di sebuah jeti membaiki bot di Kampung Tanjung Che Mas di sini.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata, kegiatan itu dikesan anggotanya bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor ketika menjalankan Op Bersepadu Ketirisan Barang Kawalan pada jam 7 malam Rabu lepas.

"Anggota operasi mengesan 3,150 liter minyak diesel bernilai RM6,772.50 yang diletak di dalam beberapa tong dram plastik di lokasi jeti itu.

"Hasil siasatan mendapati lokasi terbabit digunakan sebagai tempat penyimpanan transit minyak diesel itu sebelum diseludup ke negara jiran," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Azman berkata, tiada individu dikesan menuntut barangan berkenaan sepanjang serbuan dan pemeriksaan dijalankan.

"Kesemua minyak diesel itu disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: