Grab perluas kempen #SavewithGrab, galak rakyat Malaysia berjimat

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Grab Malaysia memperluaskan kempen #SavewithGrab yang dilancarkan pada tahun lepas untuk meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan atas permintaan dengan menyasarkan pengguna yang peka dengan bajet ketika landskap ekonomi berubah.

Dalam Tinjauan Ekonomi 2024 Kementerian Kewangan, kadar inflasi Malaysia diramalkan berada antara 2.1 peratus hingga 3.6 peratus pada tahun ini, seterusnya menekankan keperluan untuk penyelesaian harian yang praktikal dan mudah dicapai.

Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff, berkata, matlamat Grab adalah untuk memberi perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia bagi setiap keperluan mereka.

“Penambahbaikan ini akan membantu kami mencapainya dengan menjadikan platform kami untuk lebih mudah diakses oleh segmen pengguna yang lebih luas.

“Kemaskini baharu seperti GrabUnlimited Long-Term Plans dan ‘Stamp Cards’, bukan sahaja membantu kami untuk kekal relevan dalam fikiran pengguna yang mementingkan bajet, tetapi juga membuka lebih banyak peluang penjimatan bagi semua pengguna kami selain berpotensi meningkatkan pendapatan untuk rakan pemandu, penghantar dan peniaga kami,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Meningkatkan akses perkhidmatan penghantaran untuk setiap rakyat Malaysia

Untuk memenuhi keperluan bagi segmen pengguna yang lebih luas, ciri-ciri baharu ini ditujukan kepada mereka yang peka terhadap bajet dan harga.

Ini termasuk pilihan penghantaran GrabFood yang lebih rendah, peningkatan ciri untuk pesanan berkumpulan, pelan langganan jangka panjang GrabUnlimited dan ganjaran melalui program kesetiaan rakan kongsi yang baru diperkenalkan:

Kombo jimat & Pakej RAHMAH
Artikel Berkaitan:


Sebagai tambahan kepada HOTDEALS dan HUNGRYDEALS, Grab akan membawa kembali promosi kegemaran peminat, 'Kombo Jimat' dan 'Pakej RAHMAH' untuk membantu rakyat Malaysia mendapatkan makanan terbaik pada harga terendah.

‘Stamp Cards’

Pengguna boleh dapatkan setem dan ganjaran daripada restoran kegemaran melalui GrabFood dan juga pesanan dalam kedai. Program kesetiaan ‘Stamp Card’ baharu ini, kini disediakan oleh rakan peniaga kami yang mengambil bahagian di seluruh negara seperti Baskin Robbins, Killer Gourmet Burgers (KGB), Kyochon, Lim Fried Chicken (LFC), Salad Atelier dan banyak lagi.

‘GrabUnlimited Long-Term Plans’

Dengan pelan jangka panjang yang diperkenalkan ini, rakyat Malaysia kini boleh melanggan GrabUnlimited dengan hanya RM3.99 sebulan! Kini ditawarkan dalam tempoh enam bulan dan 12 bulan, pelan baharu ini memudahkan pengguna menikmati faedah dan penjimatan tanpa had.

Lebih banyak penjimatan di seluruh ekosistem Grab

Berikutan usaha menggandakan tumpuan terhadap harga mampu milik, Grab Malaysia juga akan memperluaskan #SavewithGrab dalam segmen perniagaannya yang lain, khususnya dalam sektor e-panggilan dan kewangan dengan GrabCar Saver dan GXBank:

GrabCar Saver

Berikutan reaksi positif rakyat Malaysia terhadap Saver Delivery di GrabFood, kami kini telah memperkenalkan GrabCar Saver – perkhidmatan pengangkutan baharu di mana penumpang boleh menjimatkan tambang sehingga 20 peratus. Jenis perjalanan ini kini tersedia di sekitar bandar dan pada masa yang terpilih.

Kad Debit GXBank

Kad GX dari GXBank yang akan datang akan menawarkan pelbagai ganjaran dan penjimatan seperti satu peratus wang tunai tanpa had untuk setiap urus niaga, serta mata ganjaran GrabRewards sebanyak 1.5 peratus apabila digunakan di Jaya Grocer. Tambahan pula, hanya dengan membuka akaun simpanan GX, pengguna boleh menikmati simpanan dengan kadar faedah harian 3 peratus setahun.

Untuk tempoh terhad, pengguna juga boleh mendapat pulangan ‘cashback’ dan keahlian GrabUnlimited secara percuma selama enam bulan dalam bentuk ‘cashback’ segera.

Alsagoff berkata, matlamat mutakhir Grab kekal sama iaitu untuk menjadi platform atas permintaan yang paling mudah diakses untuk perkhidmatan harian bagi setiap rakyat Malaysia.

“Memastikan kami menyediakan pilihan yang berpatutan dan peluang tambahan untuk berjimat serta menjadi salah satu daripada keperluan yang kami rasa penting untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

“Sambil kami terus berkhidmat untuk rakyat Malaysia setiap hari, kami juga berharap untuk memenuhi lebih banyak lagi keperluan mereka termasuklah penyelesaian yang mesra bajet, cepat dan pantas, atau bersesuaian,”katanya.