Israel dakwa sudah lumpuhkan Hamas di utara Gaza

Tentera Israel menyerang Khan Younis bagi melumpuhkan kepimpinan Hamas. Foto fail REUTERS
Tentera Israel menyerang Khan Younis bagi melumpuhkan kepimpinan Hamas. Foto fail REUTERS
A
A
A

GAZA - Tentera Israel mengesahkan anggotanya sudah 'menguasai' seluruh wilayah selatan Gaza, Palestin apabila operasi mereka tiba di bahagian paling hujung semenanjung itu pada Khamis.

Menurutnya, tentera dari Briged Givati kini bertempur di kawasan selatan di Khan Younis yang setakat ini dikendalikan tentera darat.

Kata tentera Israel, anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menghapuskan puluhan pejuang dalam pertempuran jarak dekat dengan bantuan tembakan kereta kebal serta sokongan udara.

Malah, serbuan turut dibuat di pejabat Briged Hamas di Khan Younis dan di pos kawalan Syuhadah selain merampas simpanan senjata.

Sementara itu, pihak berkuasa Hamas di Gaza melaporkan 93 kematian pada Khamis, termasuk 16 dalam serangan ke atas sebuah rumah di bandar selatan Rafah menyebabkan ramai orang melarikan diri.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant berkata, tentera menyerang Khan Younis bagi melumpuhkan kepimpinan Hamas, di mana menurut tentera, ia sudah berjaya dilakukan mereka di utara Gaza.

Pertempuran yang melanda Gaza ketika serangan Hamas pada 7 Oktober lalu mengakibatkan kematian kira-kira 1,140 warga Israel, kebanyakannya orang awam.

Israel kemudiannya menggila dengan melakukan serangan udara dan darat tanpa henti, sekali gus membunuh sekurang-kurangnya 24,620 rakyat Palestin, kira-kira 70 peratus daripadanya wanita, kanak-kanak dan remaja.

Artikel Berkaitan:

Menurut Israel, Hamas turut menahan kira-kira 250 tebusan semasa serangan 7 Oktober dengan 132 daripadanya masih kekal di Gaza. - Awani