'Menteri Pendidikan baharu perlu fokus masalah guru'

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan baharu yang akan dilantik kelak perlu memberi fokus kepada kebajikan guru, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang.

Menurut Aminuddin, latar belakang pendidikan bukan perkara utama yang akan dinilai NUTP, sebaliknya mereka mahu melihat fokus menteri berkenaan selepas dilantik.

“Siapa-siapa pun dilantik menjadi Menteri Pendidikan, tak kira latar belakang apa pun, yang pertama sekali fokusnya mestilah untuk menyelesaikan permasalahan guru.

“Kedua, kita mahukan menteri yang boleh bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti NUTP yang membawa suara guru sebab apa yang disuarakan NUTP itu mewakili suara 430,000 guru yang ada di seluruh negara,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ketika ditanya adakah menteri yang baharu nanti perlu bersikap lebih tegas, Aminuddin berkata, ia tidak penting kerana yang lebih mustahak adalah hasil akhirnya.

Menurutnya, pilihan untuk bertegas atau berlembut merupakan kaedah masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

“Mungkin pada masa tertentu perlu tegas. Tapi yang paling penting buat kita adalah penyelesaian masalah dulu terutamanya berkaitan bebanan tugas guru,” katanya.

Artikel Berkaitan: